Masalah slip disc merupakan masalah yang dihadapi ramai orang, terutamanya mereka yang berumur 30 lebih. Slipped disc yang tidak dirawat boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal dan boleh mengakibatkan kelumpuhan. Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan tentang apakah itu slipped disc, simptom-simptom serta beberapa rawatan bagi mengatasi masalah ini.

Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

Slip disc, atau dikenali sebagai prolapsed intervertebral disc (PID) merupakan masalah tulang belakang yang disebabkan oleh tisu di antara tulang pada tulang belakang anda ditolak keluar.

Masalah ini sangat menyakitkan, terutamanya apabila ia menekan saraf anda serta menyebabkan badan anda untuk berasa lemah dan kebas.

Dalam keadaan di mana slipped disc anda sangat teruk, anda mungkin memerlukan pembedahan untuk mengeluarkan atau membaiki disc atau cakera yang tergelincir.

Terdapat pelbagai faktor punca berlakunya masalah slipped disc ini. Antaranya adalah seperti mengangkat barang yang berat, duduk dengan postur yang tidak betul serta faktor umur.

Berat badan seseorang juga boleh menyebabkan slipped disc. Individu yang berlebihan berat badan berisiko lebih tinggi kerana disc mereka perlu menyokong berat tambahan mereka.

Mereka yang berumur lebih cenderung untuk mengalami masalah slipped disc.  

Hal ini disebabkan semakin berumur, keanjalan “disc” semakin berkurangan dan menipis. Ia akan menyumbang lebih kepada masalah slipped disc. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dr Max Booking

Dr Julia Booking

Dr Ali Booking